PUTRAJAYA: Ekonomi Malaysia bakal menunjukkan prospek yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang berdasarkan prestasi Indeks Pelopor (IP) yang mencatatkan 108.8 mata pada Disember 2020 daripada 101.6 mata pada Disember 2019 serta mengekalkan pertumbuhan tahunan 7.1 peratus sejak November 2020.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ketika ini dunia sedang dalam proses pelancaran vaksin COVID-19 dan Malaysia bersama-sama dengan ekonomi global lain dijangka kembali kepada pertumbuhan positif tahun ini.
"Ekonomi global pada ketika ini berada dalam trend pemulihan daripada kemerosotan akibat COVID-19," katanya dalam satu kenyataan mengenai Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 2/2021 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, pada Khamis.
Laporan tersebut menyediakan analisis terperinci berdasarkan kepada statistik utama semasa bagi prestasi ekonomi Malaysia.
Mohd Uzir berkata, menurut World Economic Outlook Update yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Januari 2021, ekonomi dunia diunjurkan bertambah baik kepada 5.5 peratus pada 2021 dan 4.2 peratus pada 2022 susulan aktiviti ekonomi yang perlahan berikutan langkah kawalan bagi membendung pandemik pada 2020.
Mengenai prestasi ekonomi negara pada suku keempat 2020, beliau berkata pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang mendalam terhadap ekonomi global pada tahun itu dengan hampir semua negara di seluruh dunia mengalami kelembapan ekonomi dan Malaysia tidak terkecuali apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 3.4 peratus.
Dari segi prestasi bulanan pula, katanya, ekonomi Malaysia mencatatkan penguncupan 4.7 peratus pada Oktober 2020, menyusut lebih perlahan pada November kepada negatif 4.0 peratus dan negatif 1.7 pada Disember.
"Bagi keseluruhan tahun 2020, KDNK Malaysia menyusut 5.6 peratus berbanding pertumbuhan positif 4.3 peratus pada 2019 berikutan kemerosotan dalam semua sektor ekonomi disebabkan oleh beberapa gelombang peningkatan kes COVID-19 serta penguatkuasaan pelbagai fasa kawalan pergerakan di sepanjang tahun. "Penyusutan ini adalah yang kedua terendah pernah direkodkan selepas kemelesetan ekonomi pada tahun 1998," katanya.
Menurutnya, walaupun krisis kesihatan ini masih berlarutan ketika melangkah ke 2021, tindak balas kerajaan pada kali ini dilihat lebih seimbang antara kehidupan dan mata pencarian dengan membenarkan sektor ekonomi beroperasi di bawah prosedur operasi standard (SOP) ketat yang merupakan langkah positif kepada keseluruhan ekonomi serta memberi kelegaan kepada perniagaan.
Mengenai ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia, Mohd Uzir berkata ia pasti dapat membantu mengurangkan impak kepada ekonomi serta membolehkan lebih banyak sektor ekonomi beroperasi semula dan berkemungkinan membenarkan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur.
"Namun demikian, perniagaan tidak seharusnya memandang vaksin sebagai jalan penyelesaian dan perlu berterusan mengamalkan norma baharu. Dengan kepantasan adaptasi penggunaan e-Dagang berikutan pelaksanaan penjarakan fizikal dan sekatan pergerakan, tidak dipertikaikan lagi digitalisasi merupakan hala tuju ke hadapan," katanya.
Justeru, katanya, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang holistik dilancarkan baru-baru ini bertepatan kerana menggariskan bidang fokus digitalisasi termasuk mendaya upaya bakat, menyediakan persekitaran digital yang dipercayai dan selamat serta mengembangkan bidang fokus dalam sektor ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ketika ini dunia sedang dalam proses pelancaran vaksin COVID-19 dan Malaysia bersama-sama dengan ekonomi global lain dijangka kembali kepada pertumbuhan positif tahun ini. - Gambar fail
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.